Tuesday, November 17, 2009

2012


semalam aku tengok 2012.. nak cakap cerita tue xde la hebat mane cm yg aku assumed.. poyo n mengarut jer.. cerita tu macam nak beritahu. yang manusia mampu lawan kuasa Tuhan. dan aku memang xsuka yang ini..

kan kiamat Tuhan jer yang tahu bila.
kita cuma kene bersedia

Kata Hati Aku: nak tengok cerita lain lak.tapi nak ngn dia.haha.:))

fitrah


Besar makne ini.aku pun kadang2 masih kurang mengerti.belum sepenuhnya memahami.apa itu faith.fitrah.

Tapi aku mahu kaitkan dengan kehidupan aku.

Sejak aku bersahabat dengan kawan2 aku yang sekarang.atau sejak aku berada dalam bulatan yang sebelum ini aku pernah nyatakan.aku dah semakin berubah.yang pasti ade sedikit kepada perubahan positif.

Fikir.ade baiknya aku tersekat di dalam bulatan ini.sekurangnya aku ada ingatan pada Tuhan.xlah hidup terumbang ambing cam xde pegangan.walaupon radius itu sempit.dan fikiran aku macam terlambat sedikit.aku rasa aku ada satu kuasa yang menenangkan aku di situ.

Ya. DIA terlalu sayang kan aku.dan DIA yang memilih aku untuk hidup dalam bulatan ini.kalau tidak aku mungkin bukan sapa2.bukan diri aku.mungkin aku devil.yang cam layak masuk neraka jer.nauzubillah..

Sejak berada di sini.aku rasa.keinginan aku terbatas.bukan aku xsuka.malah, aku harapkan yang ini.sekurang2nya.aku hidup ada limit.ada something yang mengingatkan aku untuk tidak perlu ada itu.xperlu buat ini.tinggalkan perkara itu.buatlah selalu yang ini.

Kata Hati Aku: aku semakin matang sejak berada di sini.bulatan ini.

Sunday, November 8, 2009

sedang exam..
xde pape nak cakap.cuma perluberusaha lebih.. yang lain serahkan pada TUHAN.

Kata HAti Aku: jangan cepat putus asa.

Monday, November 2, 2009

Aku xsuka makan biskut chipsmore


Aku benci bila hal berkaitan kejap ada dan kejap xde di relate kan denagn chipsmore.ish aku benci orang yang lakukan ini.

Xde ke orang yang betul2 ikhlas dalam dunia?

Yang ade bila kau susah dan bila kau senang.yang ada bila kau ketawa dan menagis pun dia ada.yang ada bila kau perlu dan bila kau xperlukannya.yang ada bila kau sunyi dank au sednag sibuk.yang ada bila kau tenang dan bila kau tenagh serabut?

Kata Hati Aku: manusia memang pentingkan diri sendiri.mahukan orang jaga hati mereka.tapi xpernah berusaha untuk orang lain.

Friday, October 30, 2009

memang aku suck bile ada feeling ni


aku benci bila aku jadi xlalu makan.rasa semua makanan sama saja rasanya.masin ke, tawar ke, pahit ke atu manis. Semuanya sama saja.rasa kosong.owh.adkah nikmat perasaan aku suda ditarik balik? Aku gembira bila orang kata badan aku sedikit susut.bukan sebab aku mahu kuruskan badan aku yang sememangnya kurus ini.tapi.aku rasa cam satu kejayaan lah bila aku buat sesuatu ada hasilnya.cintohnya ini, tidak selera makan dan hasilnya kurus. Sebenarnya tidak aku tahu apa yang mengganggu fikiran aku.aku cuma rasa hari2 dalam hidup aku sama sahaja.samapi aku boleh jangka apa yang berlaku pada esok hari.ini membuatkan aku sungguh bosan.dan tertekan.
Sumpah aku da malas nak fikir benda yang tidak berfaedah.aku rasa cmtu sebab memang xde faedah pun aku dapat kalau aku teruskan.aku benci bila aku jadi murung dan termenung.dan kadang2 aku rela tidur sepanjang hari.ini sebab aku kasihan kan diri aku.aku xmahu diri rasa rendah diri.atau sedih.aku hilangkan dengan tidur. Aku xde masalah.Cuma, ini sering berlaku dalam life aku at the certain time. Walaupun aku cuba elakkan.tapi akan berlaku juga.sebenarnye tetap akan. Kata Hatai Aku: cepatlah berlalu wahai masa.aku penat dengan side ini.

Thursday, October 29, 2009

aku jadi bosanlah kena fikir perkara-perkara yang perlu aku buat dan yang perlu dielakkan.

Nobody


Sejak sejak ini.aku fikir aku dah hilang kepercayaan pada sesiapa pun.kecuali pada Tuhan.aku rasa aku perlu lebih berhati2 to give my trust to people.untuk dipercayai.untuk saling mempercayai.

Aku rasa jalan aku makin sukar.setiap manusia yang aku jumpa terasa macam dah xbersih.i mean hati dia penuh dengan tipu muslihat.walupun mungkin dia tidak berniat untuk bertindak sedemikian.tapi lama sedikit dia akan lakukan juga tanpa sedar.tanpa sedar merobek hati orang lain.contohnya, diri aku.


Dan aku pula?aku xberniat menipu.atau untuk tidak berlaku jujur.walaupun sering niat di dalam hati untuk bersih dari penipuan.dan aku yakin aku jujur.tapi, belum tentu aku benar2 jujur.contohnya, aku kata aku dah move on denagan cinta lama aku.tapi hampir setiap malam aku masih dengar lagu kegemaran dia bila karaoke.kadang aku menangis seba rindukan dia gelak.


Dan juga, aku katakan pada seseorang.seseorang yang sejak sejak ini sungguh rapat dengan aku. Kata aku, “ya, kita kawan.kita kawan biasa.aku xpernah ada perasaan pada kau.dan jangan risau.aku xakan lebih2 berperasaan sebab aku tahu limit aku.aku tahu yang kau pun anggap aku kawan”.

Walaupun sebenarnye aku sedang menekup muka aku di dalam bantal.bukan malu.tapi aku sedang menangis sampai banjir cadar.aku menipu aku tidak berperasaan pada dia.sedangkan aku sudah bersedia untuk jatuh kasih pada dia.


Aku sepatutnya tidak perlu menyalahkan sesiapa.atau menyalahkan diri aku kerana berbohong.kerana untuk beberapa situation mungkin berbohong itu wajib.
Siapa kata aku suka berbohong.aku benci.tapi aku memaksa untuk lakukan itu sebab aku ego.

Aku xmahu dipandang lemah.aku tidak mahu orang di sisi aku terluka.aku tidak mahu bertepuk sebelah tangan.aku xmahu aku terluka.
Walaupun sikap dan perbuatan lebih obvious dari kata2.dan pembohongan itu failed.memang malu.tapi perlu buat2 macam xtahu menahu.kerana ego lagi.

Aku sendiri pelik mengapa sukar berlaku jujur.mungkin berterus terang aku akan lebih bahagia.mungkin akan lebih disayangi.mungkin akan dapat peluang yang lebih besar.mungkin akan bahagia. Tapi, mungkin juga akan lebih terluka.
Kata Hati Aku:
berterus terang atau simpan.sampai jadi busuk dan basi?

Tuesday, October 27, 2009

The weakest person in the world



Itu aku.lemah otak.lemak fizikal.lemah jiwa.lemah perasaan.lemah fikiran.lemah hati.

Aku lemah bile aku sedang bersedih.aku tahu aku perlukan seseorang untuk aku jadi kuat.aku xperlukan sayaur bayam supaya aku jadi badang macam popeye the sailorman.

Aku mahu ini.

Seseorang yang membisikkan semangat.seseorang yang boleh buat aku tertawa.at least tersenyum dengan lawak bodohnya.seseorang yang boleh lapkan air mata aku.seseorang yang boleh transform cerita sedih aku kepada cerita paling funny.yang boleh buat aku gelak.mainkan gitar untuk aku sampai aku tertidur.dan membisikkan kata ini, “kau lah manusia paling bahagia sebab aku akan bahagiakan kau walau dengan apa cara.aku janji.”.

Memang cliché.tapi itu permintaan semua.lagi2 dalam keadaan terdesak seperti ini.walaupun aku tahu possibility tu macam sukar.

Aku sangat perlukan ini.sebelum aku lemah aku menjadi lebih parah.kritikal.dan tidak terdaya.

Aku takut jiwa aku mati.

Kata Hati Aku:be strong, diri…

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr