Thursday, October 29, 2009

Nobody


Sejak sejak ini.aku fikir aku dah hilang kepercayaan pada sesiapa pun.kecuali pada Tuhan.aku rasa aku perlu lebih berhati2 to give my trust to people.untuk dipercayai.untuk saling mempercayai.

Aku rasa jalan aku makin sukar.setiap manusia yang aku jumpa terasa macam dah xbersih.i mean hati dia penuh dengan tipu muslihat.walupun mungkin dia tidak berniat untuk bertindak sedemikian.tapi lama sedikit dia akan lakukan juga tanpa sedar.tanpa sedar merobek hati orang lain.contohnya, diri aku.


Dan aku pula?aku xberniat menipu.atau untuk tidak berlaku jujur.walaupun sering niat di dalam hati untuk bersih dari penipuan.dan aku yakin aku jujur.tapi, belum tentu aku benar2 jujur.contohnya, aku kata aku dah move on denagan cinta lama aku.tapi hampir setiap malam aku masih dengar lagu kegemaran dia bila karaoke.kadang aku menangis seba rindukan dia gelak.


Dan juga, aku katakan pada seseorang.seseorang yang sejak sejak ini sungguh rapat dengan aku. Kata aku, “ya, kita kawan.kita kawan biasa.aku xpernah ada perasaan pada kau.dan jangan risau.aku xakan lebih2 berperasaan sebab aku tahu limit aku.aku tahu yang kau pun anggap aku kawan”.

Walaupun sebenarnye aku sedang menekup muka aku di dalam bantal.bukan malu.tapi aku sedang menangis sampai banjir cadar.aku menipu aku tidak berperasaan pada dia.sedangkan aku sudah bersedia untuk jatuh kasih pada dia.


Aku sepatutnya tidak perlu menyalahkan sesiapa.atau menyalahkan diri aku kerana berbohong.kerana untuk beberapa situation mungkin berbohong itu wajib.
Siapa kata aku suka berbohong.aku benci.tapi aku memaksa untuk lakukan itu sebab aku ego.

Aku xmahu dipandang lemah.aku tidak mahu orang di sisi aku terluka.aku tidak mahu bertepuk sebelah tangan.aku xmahu aku terluka.
Walaupun sikap dan perbuatan lebih obvious dari kata2.dan pembohongan itu failed.memang malu.tapi perlu buat2 macam xtahu menahu.kerana ego lagi.

Aku sendiri pelik mengapa sukar berlaku jujur.mungkin berterus terang aku akan lebih bahagia.mungkin akan lebih disayangi.mungkin akan dapat peluang yang lebih besar.mungkin akan bahagia. Tapi, mungkin juga akan lebih terluka.
Kata Hati Aku:
berterus terang atau simpan.sampai jadi busuk dan basi?

0 comments:

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr